Didapati bersalah Azizul_Raheem_Awalludin

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac 2014. Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal. Bagaimanapun, mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh itu selepas mahkamah mengurangkan hukuman penjara berkenaan.

Kerajaan Sweden turut memberi bantuan sewajarnya dengan membiayai kos guaman untuk kes tersebut. Shalwati diwakili peguam Kristofer Stahre manakala Azizul oleh Jonas Tamm. Pada 28 Mac 2014 Ketua Hakim Mattias Moller membuat keputusan setelah kedua tertuduh dibicarakan sejak 18 Februari 2014 dengan mengemukakan 10 orang saksi pendakwaan.Antara yang dipanggil ialah rakan sekolah anak mereka, guru, pegawai khidmat sosial serta jiran tetangga. Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat turut berada di Sweden.